Friday, January 6, 2012

Youtube top comment! Finally!

Click gambar untuk zoom.

Pernah tak dapat perasaan bila apa yang anda tulis di Youtube dapat banyak like sehingga menjadi top comment?
Inilah rasanya.
Ohsem.
*i know it's not much but hey, at least I got it =)*

Wednesday, January 4, 2012

Wikipedia Bergerak.

As-salam dan apa khabar semua!
Anda semua sihat? Alhamdulillah =)
Jadi untuk topik kali ni aku nak bercerita tentang "Wikipedia Bergerak"
Pernah tak masa korang tengah berbual-bual dengan member-member...
dan tiba-tiba korang masuk topic yang ada intipati dia sendiri (maksudnya ada ilmu la)..mesti ada salah sorang member tu akan keluarkan fakta-fakta ataupun knowledge yang tak pernah kita dengar ataupun tak pasti sahih fakta tu.
Walaupun kita rasa fakta yang dia bagi tu salah...tapi muka dia yang confident habis membuatkan kita kadang-kadang percaya tau.
Tapi bila check balik kat internet, fakta yang dia bagi tu rupanya salah.



Inilah dia golongan yang aku panggil "Wikipedia Bergerak".
Golongan ni suka bercakap besar macam dia tahu semuanya tapi sebenarnya satu benda pun kita tak boleh percaya. Macam yang ramai orang tau (aku rasa la)...Wikipedia tak boleh dikira sebagai sources yang reliable apabila kita membuat research untuk assignment kita di universiti. Kenapa tak boleh?
Sebabnya..wikipedia boleh di-edit oleh siapa-siapa sahaja. Itulah yang membuatkan wikipedia tidak boleh dikira sebagai sources yang reliable sebab kita tak tahu si dia yang meng-edit maklumat di wikipedia tu ada kelayakan yang diiktiraf ataupun tak.


Cuba bayangkan kalau golongan wikipedia bergerak seramai ni.

Samalah juga kalau aku samakan orang jenis begitu dengan wikipedia. Cakap bukan main, last-last apa yang dia cakap tu memang tak boleh percaya. Jadi kalau ada rakan-rakan anda yang berperangai macam tu....Angguk je, kalau anda betulkan nanti lagi panjang debat anda dengan dia. Haha. =)

p/s : ada tak rakan-rakan korang yang berperangai begini?

Monday, January 2, 2012

Resolusi tahun baru.

Peace Be Upon You & Happy New Year!
Aku nak tanya korang sikit.
Apa yang korang semua buat masa penghujung tahun baru?
Adakah :
1# Pergi dataran merdeka tgk bunga api.
2# Duduk dgn family, tengok countdown kat tv.
3# menghadap laptop 24 jam.
Kalau korang pilih no 3.. tahniah!
Korang memang xda life macam aku...hahahaha..
(awkward silence)
Moving on to the topic.
Jadi sempena tahun baru ni, aku nak bercakap dengan korang pasal..New year revolution.
Ataupun dalam bahasa melayu bermaksud..azam tahun baru.
okay, azam.........bagi aku azam ni adalah satu matlamat yang kita tetapkan,
untuk megubahkan diri kita dari negatif ke positive.

ok..masa dulu la kan, bila mak bapak aku, sedara mara aku tanya :
"aizat,azam ko apa tahun ni?"
selalunya aku akan bagi respon kat diaorg:
"entahlah, tak tau."
Tapi bila aku pikir balik kan...macam x elok tau.

Cara aku cakap tu macam aku dah tak ada usaha nak perbaiki apa yang kurang pada diri kira.
Macam kita cakap nak jadi Buisnessman yang berjaya..tapi x ada usaha.
Tak ada planning langsung.
Sebab itu la kita kena ada azam...azam tu membuatkan kita ada planning untuk capai matlamat kita.
Sebagai contoh, kalau kita berazam nak kurangkan berat badan...
Jangan la cakap je...kena la usaha...buat exercise ke selalu..jogging ke...
Ini kalau cakap je semua orang pon boleh buat.
Sampai bila-bila pun x jadi apa-apa.


So bila kita berazam tu kenalah usaha untuk merealisasikan apa yang kita azamkan tu.
Azam kalau tak ada usaha hasilnya memang tak ada apa-apa pun la.
Macam azam aku tahun lepas (2011) dah tercapai iaitu cuba untuk ber-vlogging atau post video di Youtube. Alhamdulillah.

Jadi apa azam anda tahun ini?

Thursday, November 17, 2011

Rokok dan Kopiah.



Video ni memang berjaya membuatkan aku terkesima dan berfikir sejenak.
*muhasabah diri jap..*
Apa2 pun tahniah Matluthfi kerana berjaya membuat short story yang amat bermakna untuk semua orang. *TABIK SPRING*